Brosur atau sebahagian orang menyebutnya dengan risalah adalah pamflet (selembar kertas) yang mengandungi maklumat tentang sesuatu produk atau perkhidmatan dari sebuah syarikat, organisasi, yayasan atau maklumat lain yang disusun secara sistematik. Yang hanya terdiri dari beberapa lamanan yang dilipat tanpa menggunakan jilid. Antara fungsi utama brosur ini ialah sebagai penyampai maklumat secara ringkas, padat dan bermakna, kerana hanya detail-detail yang penting sahaja dimasukkan kedalamnya. Tambahan lagi, penggunaan layout atau paparan yang menarik dari segi pemilihan bentuk-bentuk brosur, susun atur maklumat, penggunaan warna dan font juga memainkan peranan yang secara tidak langsung. Jelasnya di sini, para pembaca akan tertarik kepada penghasilan brosur yang mencerminkan ciri-ciri sebelumnya dengan baik. Penggunaan brosur juga dapat dijadikan sebagai medium untuk mempromosikan sesuatu sama ada produk jualan sehinggalah maklumat atau ilmu. Hal ini kerana, membaca bagi mendapatkan maklumat secara mudah dan beerti berserta gambar-gambar yang sesuai dapat membantu pembaca memperolehi maklumat tanpa berasa bosan dan tidak menunggu dalam masa yang lama.