Pada minggu ini kami ditugaskan untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan bahan sastera dan tatabahasa serta bahan-bahan subjek lain seperti matematik dan sains. Bahan sastera yang dikehendaki dibahagikan kepada dua jenis iaitu bahan prosa dan puisi. Bahan prosa ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu prosa klasik dan prosa moden dan begitulah juga halnya dengan bahan puisi. Bahan-bahan ini mudah untuk diperolehi dari berbagai sumber seperti majalah, buku cerita dan lain-lain. Namun begitu, bagi memudahkan urusan, saya memilih cara untuk mencari bahan-bahan ini melalui carian internet.
Bahan-bahan lain seperti bahan tatabahasa dan subjek-subjek yang lain juga boleh diperolehi daripada internet sama seperti bahan prosa. Tetapi, ada ketikanya rangkaian internet yang agak lambat menyukarkan proses untuk mendapatkan bahan-bahan ini. Tugasan-tugasan subjek lain juga menekan kami untuk menyiapkan tugasan ini kerana terdapat beberapa tugasan lain perlu dihantar pada minggu.
Kedua-dua kekangan ini saya sudah anggap sebagai kekangan yang tidak asing lagi. Boleh dikatakan saya sudah biasa berhadapan dengan “mereka” . dengan pengalaman dan kesabaran, Alhamdulillah, akhirnya tugasan pada minggu ini dapat disiapkan.
Akhirnya kata, semua bahan yang diminta ini sebenarnya adalah satu bonus kepada kami kerana bahan-bahan ini adalah berguna kepada kami sebagai guru untuk dijadikan bahan rujukan dalam pengajaran pada masa-masa yang mendatang.