Pada minggu ini kami ditugaskan untuk mencari 60-70 alamat internet, 60-70 fail internet yang mempunyai ikon e dan 60-70 katalog internet. Walaupun bahan-bahan yang diminta boleh diperolehi dengan banyak seperti dinyatakan namun tugas ini tidaklah semudah yang disangka. Hal ini kerana terdapat beberapa kekangan yang terpaksa dihadapi dalam mencari bahan yang diminta antaranya adalah jaringan internet yang kurang memuaskan dan tugasan atau komitmen yang lain.
Namun begitu, hasil kerjasama pensyarah pembimbing dan rakan sekelas yang lain, kekangan ini dapat dihadapi tanpa bersusah-payah. Jumlah bahan yang diminta akhirnya tercapai dengan adanya kerjasama daripada dua pihak ini. Bak kata pepatah “Alah Bisa Tegal Biasa”. Sekiranya kita berusaha untuk mencapai sasaran yang kita tetapkan, pasti dan pasti kita mampu denga izin daripadaNya.
Akhir kata, semua bahan yang diminta ini sebenarnya adalah satu bonus kepada kami kerana bahan-bahan ini adalah berguna kepada kami sebagai guru untuk dijadikan bahan rujukan dalam pengajaran pada masa-masa yang mendatang.