Pada minggu ini kami ditugaskan untuk mencari dan memuat turun bahan yang berkaitan Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet. Meskipun saya mengetahui cara-cara untuk menggunakan internet namun, tajuk boleh dikatakan sesuatu yang baru kepada saya kerana sebelum ini saya sama sekali tidak menyangka bahawa penggunaan internet juga mempunyai undang-undang sendiri.
Banyak undung-undang atau peraturan yang terkandung dalam Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet yang menyentuh aspek kepentingan, keselamatan, keselesaan dan larangan-larangan tertentu dalam melayari atau menggunakan internet. Sesuatu yang tidak merugikan kepada saya mencari dan memuat turun bahan-bahan ini kerana selepas ini saya akan menjadi pengguna internet yang bijak dengan adanya pengetahuan berkaitan panduan dan etika melayari internet.
Selain itu, bahan-bahan ini diarahkan untuk ditukarkan ke dalam bentuk power point dan brosur. Bagi menukarkan bahan ini ke dalam bentuk power point bukan sukar kerana dalam membuat power point, saya sudah didedahkan sejak dari sekolah menengah lagi. Namun, perkara agak mencabar adalah menukarkan bahan ini dalam bentuk brosur. Meskipun saya mempunyai sedikit ilmu tentang cara membuat brosur tetapi saya terpaksa juga meminta bantuan daripada rakan-rakan lain yang lebih pakar. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan bantuan rakan-rakan akhirnya brosur yang agak cantik dapat dihasilkan.
Akhirnya kata, semua bahan yang diminta ini sebenarnya adalah satu bonus kepada kami kerana bahan-bahan ini adalah berguna kepada kami sebagai guru untuk dijadikan bahan rujukan dalam pengajaran pada masa-masa yang mendatang.