Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafik yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara profesional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘transitions’ dan ‘animations’, ‘drawing tools’ dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang profesional. Oleh yang demikian, saya telah membina satu contoh persembahan powerpoint yang mengandungi maklumat berkenaan etika penggunaan internet. Berikut merupakan powerpoint tersebut.