Pada minggu ini kami ditugaskan untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan pengajaran kemahiran berbahasa. Bahan-bahan tersebut termasuklah bahan untuk mengajar kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan pengajaran yang dikehendaki antaranya ialah teks, audio, video dan grafik. Bahan pengajaran berbentuk teks dan grafik mudah untuk diperolehi di internet. Namun berlainan dengan bahan audio dan video, walaupun banyak di ‘alam maya’, namun, rangkaian internet yang agak terhad menyebabkan bahan pengajaran ini sukar untuk diperolehi.
Namun begitu, kekangan-kekangan ini tidak menjadi penghalang untuk saya menyiapkan tugasan minggu ini. Dengan adanya bantuan daripada rakan sekelas, bahan-bahan pengajaran berbentuk audio dan video akhirnya lengkap dihasilkan kerana mereka bukan sahaja boleh berkongsi bahan malahan juga memberi. Banyak bahan audio dan video yang mereka berikan dan kongsikan. Bak kata pepatah “berat sama dipikul ringan sama dijinjing”. kiranya saya mengalami kesukaran membuat kerja, mereka akan membantu saya dan bilamana mereka pula yang mengalami kesukaran, Insyaallah saya akan membantu.
Akhir kata, semua bahan yang diminta ini sebenarnya adalah satu bonus kepada kami kerana bahan-bahan ini adalah berguna kepada kami sebagai guru untuk dijadikan bahan rujukan dalam pengajaran pada masa-masa yang mendatang.