Pada minggu ini, kami ditugaskan untuk Membina dan Menggunakan Tapak Pembelajaran dan Laman Web Pembelajaran dan Pengajaran dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Melihat saja kepada tajuk tugasan ini, saya merasakan saya akan berhadapan dengan suatu tugasan yang mencabar.
Bagi membina tapak pembelajaran, saya sudah didedahkan sedikit berkenaan cara membina bahan pengajaran menggunakan TMK pada semester 1(PPISMP). Namun, tugasan pada kali ini lebih mencabar sedikit kerana saya perlu mengspesikfikasikan tapak pembelajaran ini kepada tahun empat. Bahan-bahan yang terkandung dalam tapak ini pula termasuklah video, audio,grafik dan teks. Bahan-bahan ini mudah didapati kerana pada minggu kedua subjek ini kami telah didedahkan berkenaan bahan-bahan ini.
Masa yang diambil untuk menyiapkan tugasan ini agak lama walaupun masa yang diperuntukkan hanyalah enam jam. Namun, dengan kreativiti yang ada dan pertimbangan oleh pensyarah pembimbing untuk memanjangkan tempoh masa bagi tugasaa ini, akhirnya tapak pembelajaran yang cantik dapat dihasilkan.
Bagi pembinaan laman web, saya lebih banyak bertanya kepada rakan-rakan yang mahir dalam bidang ini. Setelah mencuba pelbagai laman web, akhirnya saya menggunakan perisian ‘weebly’ sebagai laman web untuk melaksanakan tugasan. Sekali lagi ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing yang memberi pertimbangan yang sama seperti sebelum ini dan juga kepada rakan-rakan yang membantu dalam pembinaan laman web.
Akhirnya kata, semua bahan yang diminta ini sebenarnya adalah satu bonus kepada kami kerana bahan-bahan ini adalah berguna kepada kami sebagai guru untuk dijadikan bahan rujukan dalam pengajaran pada masa-masa yang mendatang.