Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, banyak pengalaman serta pengetahuan baru yang telah saya perolehi. Mula menerima tugasan, saya melihat tugasan ini mudah dan senang. Pada pengamatan saya, saya boleh melaksanakan tugasan ini tanpa ada sebarang masalah. namun pada hakikatnya, ia menguji saya dari segi jasmani dan emosi. Tugasan ini telah banyak memberi input yang berguna kepada saya terutamanya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Pelaksanaan tugasan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3105) ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada saya berkenaan banyak perkara antaranya kepentingan menggunakan TMK dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah nanti. Hal ini kerana murid-murid pada masa kini kebanyakannya mahir dalam penggunaan komputer. Oleh sebab itu, sebagai seorang guru, saya haruslah lebih mengetahui bidang ini supaya murid-murid di sekolah nanti boleh menjadikan guru mereka sebagai tempat merujuk. Selain itu, bahan-bahan yang diperolehi sepanjang membuat tugasan ini juga sebenarnya boleh digunakan bilamana saya ditugaskan untuk mengajar nanti, Insyaallah.
Tugasan sebegini juga sebenarnya memberi saya banyak kebaikan dalam meningkatkan kemahiran saya saya dalam profesion perguruan. Ini adalah satu bonus kepada saya yang mana sepanjang membuat tugasan ini dan, pada masa yang sama, saya boleh mempertingkatkan kemahiran dalam pelbagai aspek terutamanya dalam kemahiran TMK. Sambil saya berusaha menyiapkan tugasan ini, pada masa yang sama, saya juga secara langsung telah menambahkan lagi ilmu pengetahuan melalui kajian dan perbincangan dengan beberapa individu yang berkenaan bagi tujuan untuk mendapatkan sumber yang pelbagai untuk menjadikan tugasan ini lebih berbentuk ilmiah. Bak kata pepatah Melayu “sambil menyelam minum air”.
Meskipun saya dapat menyelesaikan tugasa ini, namun tidak kurang juga masalah yang terpaksa saya lalui. Tekanan yang saya hadapi dari pelbagai aspek seperti persekitaran, sosial, persahabatan, dan pelajaran telah mengganggu sedikit sebanyak proses menyiapkan tugasan ini. Saya akui bahawa masalah-masalah seperti ini sangat mempengaruhi konsentrasi saya bermula dari peringkat awal tugasan hinggalah keakhirnya. Tetapi bagi saya, ia mengajar saya untuk lebih banyak bersabar dalam melakukan sesuatu kerja. Syukur kepada Allah, kerana telah memberikan saya kekuatan dan kesempatan dalam menangani masalah ini. Alhamdulillah. Namun begitu, saya tetap menyiapkan diri kerana pada masa yang mendatang, masalah-masalah seperti ini memang akan muncul tanpa diundang. Oleh yang demikian, tugasan ini bukan sahaja mengajar saya untuk menjadi seorang murobbi atau guru yang yang bersabar tetapi juga seorang yang tetap bersyukur dalam setiap situasi. Insyaallah.
konklusinya, tugasan ini telah memberikan satu pengalaman dalam menjadikan diri saya lebih baik daripada sebelum-sebelumnya dan yang paling utama ialah ia telah menjadi satu medium untuk melakukan satu anjakan paradigma kepada diri saya untuk memajukan lagi diri saya dalam usaha untuk menjadi seorang murobbi sesuai dengan profesion perguruan itu sendiri.