Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang guru. Dengan memiliki kemahiran tersebut, guru dapat mempelbagaikan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi menjadikan aktiviti P&P lebih menarik dan sesuai dengan kecenderungan murid-murid pada abad ini. Oleh yang demikian, laman web ini dibangunkan untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan para pendidik berhubung pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Selain itu, laman web ini juga dibangunkan untuk memenuhi prasyarat utama Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi mata pelajaran BMM3105 (Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer) yang mana mewajibkan guru pelatih PISMP Bahasa Melayu Semester 3 IPG Kampus Keningau untuk membina laman sesawang yang mengandungi bahan-bahan rujukan dan hasil tugasan amali yang telah dilaksanakan untuk menjadi panduan dan rujukan kepada warga pembaca sekalian. Bahan-bahan yang dimuatkan termasuklah contoh alamat, fail dan katalog internet, bahan P&P bagi kemahiran lisan, membaca dan menulis, etika penggunaan internet, contoh bahan-bahan sastera dan tatabahasa serta maklumat mengenai pembinaan pakej pembelajaran Bahasa Melayu. Untuk itu, saya amat berbesar hati jika laman web ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.
Pembangun Laman
Mohd Sukri Bin Abdul Halim nama diberi. Tinggal di utara sabah (Kudat). Beliau lelaki (Abdul Halim bin Salim) seorang nelayan. Beliau perempuan (Falmah binti Rajah Ismail) seorang suri rumah. Saya bangga dengan kedua-dua mereka kerana walaupun kurang berjaya dalam pendidikan namun mampu untuk menjadikan anak mereka berjaya (InsyaALLAH Guru). Minta anda tolong betulkan saya kalau saya salah. Minta anda tolong luruskan saya jika saya dalam keadaan bengkok. Minta anda juga tolong ingatkan saya kalau saya terlupa.